Saturday, March 22, 2008

Ketua Parlimen Palestin Hafal Al-Quran di Penjara

Penculikan para menteri Palestin

Pada 29 Jun, rejim Zionis telah menangkap 64 pegawai-pegawai kerajaan Palestin. 26 dari kalangan mereka adalah ahli parlimen, dan lapan daripada mereka merupakan menteri-menteri kabinet. Antara mereka yang diculik oleh tentera Zionis ialah, menteri kewangan, Abdul Razaq, Menteri Buruh, Muhammad Barghouti, Menteri Hal Ehwal Agama, Nayef Rjoub, Menteri al-Quds, Datuk bandar Qalqilya, ahli parlimen al-Quds timur, Muhammad Abu Tir. Manakala yang terkini, selepas peperangan ke atas Lubnan ialah Ketua Speaker Majlis Legaslatif, Dr Abdul Aziz Dweik dan juga timbalan perdana menteri Palestin. Usaha jahat rejim ini bertujuan untuk melumpuhkan kerajaan Palestin di bawah pimpinan HAMAS dan juga untuk menggantikannya dengan wakil-wakil yang pro-Zionis. Mereka yang diculik juga diletakkan di dalam penjara-penjara tentera dan ramai di antara mereka yang telah disiksa dan didera. Malangnya tidak ada satu negara pun yang tampil untuk membela nasib rakyat Palestin dan menghentikan tindakan ganas rejim Zionis ini. - Mazlee Malik

Menghafal Seluruh Al-Quran..

Rabu, 19/03/08 - Pusat Kajian "Ahrar" untuk Tahanan Palestin memaklumkan bahawa Dr. Aziz Dweik, Ketua Parlimen Palestin yang ditahan oleh pihak Zionis Israel telah menghafal Al-Quran secara tuntas dan jayanya. Beliau melakukan tasmi' (mendengarkan hafalan Al-Qur'an dihadapan seorang syeikh) secara sempurna dan bertajwid.

Dalam surat yang diterima oleh Ir. Wasfi Qobha, bekas Menteri Urusan Tahanan dan Menteri Sekretariat Negara sewaktu kerajaan campuran Palestin, pusat kajian tersebut menyebutkan bahawa Dr. Aziz Dweik, walaupun dalam keadaan sakit dan perlu mengikuti persidangan tahanan di penjara militan Zionis Israel.

Namun beliau mampu mengatur waktunya dengan baik, mulai dari menghafal Al-Quran, membaca buku, bersukan, memberikan ceramah dan berkhutbah serta menyampaikan seminar politik. "Tak ada istilah kosong dalam waktu beliau di penjara," demikian sebahagian daripada kandungan surat tersebut.

Note

Sumber : COMES
Penterjemah : Osman

No comments: