Tuesday, March 18, 2008

Solat Hajat & Sambutan Maulidur - Rasul

Pada hari ini, Student FKG sedang berjuang 'bermati-matian' di dewan peperiksaan menghadapi exam mid-sem yang telah bermula pada 17 Mac yang lalu lagi. Student FK pula sedang sibuk menyusun strategi untuk menghadapi kertas-kertas peperiksaan yang bakal berlangsung pada 24 Mac 2008 nanti.

Di tengah kesibukan menghadapi peperiksaan pertengahan semester, kami pihak Kerohanian PKPMI-CM dan PMUSU akan mengadakan Majlis Solat Hajat beramai-ramai dan Sambutan Maulidur-Rasul secara bersamaan, melibatkan seluruh mahasiswa Malaysia di Kota Medan. Hal ini bersesuaian dengan hadith Nabi saw:

“Tidak seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah doanya, atau dihindarkan daripadanya bahaya, atau diampunkan sebahagian dosanya, selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau untuk memutus hubungan silaturrahim.”

Short Message System (SMS) dari kami:


Buat seluruh mahasiswa Malaysia, memetik kata-kata Syeikh Ibnu Atho’illah dalam AL-HIKAM nya, “Apabila anda meminta sesuatu kepada ALLAH, mintalah menurut apa yang ditentukan oleh ALLAH untukmu maka sebaik-baiknya seorang hamba ialah yang menyerah menurut kehendak Tuhannya, dan mempercayai bahawa yang diberi Tuhan itulah yang terbaik baginya walaupun tidak seperti kemahuan hawa nafsunya." - Semoga Sukses!

No comments: