Thursday, March 20, 2008

KFC: Kentucky Fried Cruelty


Oleh:
Ahmad Aizatnur Zakaria
Pelajar Tahun Dua
USU School Of Dentistry, Indonesia

Ayam disiat kulit hidup-hidup, paruhnya dicabut, cacat. Apa anda tidak tahu mengenai Resipi Rahsia Kolonel?

Disebalik kelazatan ayam KFC hingga pengguna menjilat jari”, apa sebenarnya yang berlaku? Hakikatnya, ia begitu mengerikan, sangat kejam! Tahukah anda, ayam yang di ternak untuk KFC dihentak-hentak, disepak dan dihumban ke lantai serta dinding?

Tidak cukup dengan itu, paruhnya di cabut dan kepalanya dipulas. Air tembakau di titik ke dalam mata dan mulut. Muka di cat, sementara tubuhnya di tekan dengan terlalu kuat hingga terkeluar najis.

Islam sebagai agama yang turun dari langit telah menekankan bahawa spesies yang dianggap kurang penting atau berbahaya sekali pun berhak menerima layanan yang baik dari komuniti masyarakat. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

“Dan tiadalah binatang yang ada di bumi dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat juga seperti kamu.”

(Al-An’am: 38)

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi...”

(Al-baqarah: 168)

Inilah hasil siasatan di rumah sembelihan KFC di Moorefield, Virginia barat, Amerika Syarikat, yang dikeluarkan oleh People For The Ethical Treatment of Animals (PETA), pertubuhan hak binatang terbesar di dunia, pada 20 Julai 2004 yang lalu. Lokasi itu dipilih kerana merupakan tapak majlis penganugerahan “Supplier of the Year” KFC pada tahun 1997.

Dr. Ian Duncan, Profesor Ethologi Gunaan dan Pengerusi Universiti bagi kajian binatang, Universiti Guelph berkata:

“Pita berkenaan memaparkan adegan-adegan paling kejam yang pernah saya saksikan ke atas ayam”.

Menurut PETA lagi:

“Penyembelihan paling kejam yang dialami oleh ayam di ladang dan rumah penyembelihan pembekal KFC, termasuklah disiat hidup-hidup dan lumpuh sepanjang hayat”

Seorang bekas pekerja melaporkan kepada PETA, keserakahan itu berlaku sampai ayam terkeluar biji mata, tulang patah, bahagian tubuh hilang dan cacat, disiat kulit hidup-hidup dan tubuh dihancurkan.

Fakta mengenai KFC

KFC merupakan rangkaian makanan segera ayam terbesar didunia dengan pulangan di seluruh dunia sebanyak RM28.6 bilion pada tahun 2002. Di Malaysia, KFC adalah rangkaian restoran perkhidmatan cepat yang utama, dengan lebih daripada 330 restoran dan lebih 50% daripada pasaran saham.

Ia merupakan sebuah syarikat awam tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur dan telah menjadi salah satu perintis dalam industri makanan segera Malaysia.

Adakah ia berlaku di sini?

Sejauh mana proses penternakan ayam kita berperikemanusiaan dan bersih? Mungkinkah penyeksaan di ladang ternakan ayam luar negara turut berlaku disini? Adakah kita mengalami risiko akibat implikasi kesihatan serupa?

Apabila memperkatakan mengenai layanan yang berperikemanusiaan, tiada siapa yang tahu betapa besarnya masalah itu. Hasil pemeriksaan rambang CAP (Consumers Association of Penang) ke atas ladang ternakan ayam sering mendedahkan keadaan ladang yang kotor dan penyalahgunaan antibiotik secara berleluasa. Memicu kepada timbulnya pelbagai penyakit pada masyarakat.

CAP President S.M. Mohamed Idris cited one study (the Cardia study in the United States), which showed that fast-food consumption had strong positive associations with weight gain and insulin resistance, suggesting that fast food increases the risk of obesity and Type 2 diabetes.

Justeru saya menggesa pihak kerajaan yang baru dibentuk agar menjalankan penyelidikan mengenai isu makanan halal dan berkhasiat secara meluas ke setiap ladang penternakan seluruh negara demi kepentingan semua pihak. Bagi penggemar KFC pula, buatlah pilihan yang bijak dan tepat. Tepuk Dada, Tanyalah Iman.

Rujukan:

1. Kentucky Fried Cruelty

2. KFC Holdings (Malaysia) Bhd.

3. Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

4. BBC News Online

No comments: